|
KEMANA HILANGNYA BUKTI KUKUH?Keengganan Mahathir hadir ke Mahkamah adalah jelas. Bukan kerana perintah yang dikeluarkan oleh Ariffin Jaka. Malahan setiap hari beliau dihubungi oleh Mahathir bagi mendapatkan perkembangan terkini dalam Mahkamah dan menerima arahan selanjutnya. Marilah kita mengimbau kembali beberapa petikan kata-kata Mahathir yang diulas oleh Utusan Meloya sebagai beliau menemui bukti kukuh penglibatan salah laku seks DSAI. Jika kita melihat suatu kepincangan, jika tidak dipanggil sudah pasti kita bersedia menjadi saksi. Anda boleh melihat sendiri berita ini di Utusan di bawah arkib (search) PM Sendiri Akan Jelaskan - Salah Laku DSAI Bukti Perangai Tidak Bermoral Terlalu Kukuh PM Pernah Rancang Untuk Bersara Anwar Kata Mahathir Perlu Buktikan Di Mahkamah Kita Tidak Akan Melakukan Sesuatu Melainkan Dengan Cukup Bukti Bukti Kukuh Kerendahan Moral Anwar Anwar Dicabar Bersumpah Al-Quran Anwar Pertikai Cabaran Ibrahim Ali Sindiran Terhadap Penafian Salah laku Oleh DSAI Meneliti semua fakta yang disenaraikan di atas, UMno atau Mahathir serta barisan pengampu kerajaan bagaikan telah bersedia menyenaraikan bukti DSAI mengadakan salah laku seks dengan isteri orang mahupun sesama jenis. Walau pun kita sebagai rakyat yang rasional menerima hakikat bahawa pemecatan DSAI hanyalah berasaskan 'tuduhan tanpa bukti', sebaliknya mereka terus mengatakan terdapat bukti yang kukuh perbuatan salah laku itu. Kita hanya ingin tahu dan bertanya, kemanakah hilangnya bukti kukuh itu? |